Aku sangat terpanggil dengan laungan 1 Malaysia sekarang ini. Di media massa sibuk memaparkan "1 Malaysia". Terutama di televisyen, iklan tersebut memaparkan pelbagai bangsa berkumpul dalam satu kelompok masyarakat, saling bekerjasama, aman damai dan muhibah. Realitinya...betulkah?
Aku nak bagi contoh terdekatlah di tempat kerja aku. Bekerja bersama berbeza bangsa dan agama. Tetapi masih lagi ada segelintir guru dan pelajar yang mengamalkan sikap perkauman. Guru cuba menjatuhkan guru lain dengan memburuk-burukkan serta merendahkan kreadibiliti guru lain. Bila mana guru yang mengajar subjek seperti matematik atau sains yang tidak sebangsa dengan dorang, mulalah dorang memandang rendah dan seolah-olah tidak percaya keupayaan cikgu tersebut. Apa dorang fikir subjek itu hanya untuk 1 bangsa sajakah? KOLOT!
Yang paling teruk jika guru tersebut cuba untuk merendah-rendahkan guru lain dengan menghasut minda pelajar. Tolonglah. Perkauman sangat terhina. Terlalu mendewa-dewakan kaum yang tidak memberikan apa-apa pun keuntungan. Oleh yang demikian, 1 Malaysia yang dilaung-laungkan belum sebati dengan rakyat Malaysia. Gambaran di media massa itu hanya 1 pengharapan bukan 1 realiti.
Aku pernah diberitahu bahawa mereka ini telah dihasut minda mereka sejak di sekolah tadika lagi...Betulkah? Minda mereka disogokkan oleh pernyataan yang menyatakan kaum ini begitu, kaum itu begini....Betulkah? Hinggakan ada istilah "stupid tuuuuuuut". Apa yang aku perhatikan perkara dan masalah ini telah menjadi satu penyakit barah. Makan dalam.
1 Malaysia. Aku masih mengharapkan ia menjadi satu kenyataan.
amboi, 1st en3, 2nd en3 terus yg berat2....x tdaya nak komen.....apa2 pun
ReplyDelete1 malaysia = malaysia 1 = nothing!